Post news Report RSS Pasukan 10 Para Brigade Diiktiraf Pakar Dunia

Pasukan Khas Angkatan Tentera Malaysia diiktiraf pakar dalam Peperangan. Tentera Konvensional di seluruh dunia amat pelik dengan bentuk latihan yang dijalankan di dalam hutan oleh Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Darat dan Unit Elit TD.. Keupayaan tentera kita bertempur di medan perang diiktiraf oleh pemimpin antarabangsa dan Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu-satunya organisasi yang belum pernah ditewaskan lagi..

Posted by on

Sebut sahaja tentang 10 Briged Para,semua kagum dengan Briged yang dianggap elit dalam ATM..10 Briged Paratroopers merupakan satu unit khas yang ditubuhkan untuk menangani ancaman Parti Komunis Malaya atau PKM suatu masa dahulu.

Briged Para asalnya adalah unit infantry biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit paying terjun di dalam Angkatan Tentera Malaysia-ATM..

10 Briged Para mempunyai pelbagai kelebihan dan kemahiran di dalam menangani persekitaran perang ranjau/masa kini..Unit elit ini akan dikejarkan ke sesuatu kawasan konflik dalam masa yang amat pantas dan singkat sejajar dengan cogan kata Briged ini – Tindak Pantas ..

10 Briged Para semasa menjalankan operasi

10 Briged Para juga diiktiraf sebagai pasukan elit paying terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan di luar negara,etc. Delta Force..10 Briged Para memakai beret merun yang juga dikenali sebagai Pegasus (unit paying terjun British semasa Perang-Dunia Ke-2)..

Kesiapsiagaan 10 Briged para diaturgerakkan ke suatu lokasi memang tidak boleh dinafikan..Sebagai contoh,anggota-anggota 10 Briged ini pernah menjalankan operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala,Sabah dijalankan..

LATIHAN SEMANGAT WAJA merupakan ujian fizikal sebelum seseorang itu ingin menyertai pasukan ini sebelum layak menerima beret Pegasus dan Sayap Berdarah..

Post comment Comments
anakmelayu
anakmelayu - - 13 comments

Congrats Malaysia. Dah banyak blog menceritakan tentang negara kita. Termasuk website ini. Tak sangka.

10 Para brigade memang hebat.

Reply Good karma Bad karma+3 votes
Post a comment

Your comment will be anonymous unless you join the community. Or sign in with your social account: